nuffnang

Wednesday, November 10, 2010

Siti Nurhaleeda (Jgn bg org lain baca...18 up)

Siti Nurhaleeda, begitulah nama keramat bagi setiap lelaki tak kira yang bujang atau yang dah kawin. Nama itu sentiasa meniti dibibir setiap lelaki jantan di kampung aku. Aku juga sudah hafal nama itu, sudah hafal rupa gadis itu, dan dah beribu kali aku "berdating" dengan Siti dalam mimpiku.

Nama itu jugalah yang telah menjadikan tiga orang sahabat sejati, iaitu Aku, Tapa dan Bidin.Antara Bidin, Tapa dan aku dah tak bertegur sapa lagi. Masing-masing bawa hal sendiri. Semuanya kerana kehadiran pembantu kedai makan Pak Dol yang cun itu, Siti Nurhaleeda. Bahkan bukan tiga sahabat itu saja, malah hampir kesemua orang kampung tak nak bertegur kerana melayan perasaan terhadap Siti. Begitulah bertuahnya siti. Lenggok siti dipandang, Body Siti tak puas mata memandang.
Bagi kaum ibu pula merasa merasa runsing dengan kehadiran siti. Mereka takut bermadukan Siti. Maka tak kuranglah pula suri rumah yang mula pasang badan semula untuk menambat kembali hati suami mereka.Suami pula dilayan sebaik mungkin agar suami lekat di rumah. Kalau boleh gam cap gajah nak dilekatkan dibuntut suami agar suami keluar rumah. Begitulah kesannya tentang kehadiran Siti.
Sehinggalah suatu hari, seorang lelaki berbadan sasa datang kekampung, diwarong pak Dol, ia terhenti. Mungkin dia terpegun dengan suasana dalam kedai yang penuh dengan umat manusia laksana ada kenduri. Aku pada ketika itu sedang menikmati Kopi O yang dihantar oleh buah hatiku, Siti. Kalau boleh nak kuhabiskan sekali tegok saja, tapi apakan daya kopi tu panas. Kalau tak bolehlah aku order lagi sambil menatap wajah ayu Siti.

"Boleh aku duduk sini?" lelaki itu bertanya kepadaku."Silakan " jawabku ringkas sambil menjeling kepada pemuda tersebut. kalau nak banding dengan aku, ternyata dia lebih hansem dari aku."Saudara nak minum apa?"aku bertindak sebagai pelayan pula,takut aku kalau nanti kalau siti datang menanya dia tergoda pulak dengan kehenseman pemuda tersebut."Teh Tarai" jawab pemuda itu Ringkas. Aku bergegas mencari siti di dapur untuk menyatakan hajat pemuda itu nak minum air teh. Pemuda itu memperkenalkan dirinya sebagai Saiful dan menceritakan tujuannya datang kekampung ini untuk mencari adiknya. Belum pun sempat aku menanya tentang adik saiful, Siti datang melenggok menghantar teh.

Kelihatan Siti agak terkejut memandang Saiful dan cawah teh jatuh berderai ke lantai. "ooooo, sini ko rupanya, "Jerkah Saiful. Siti terketar melarikan diri ke Dapur. Orang ramai pula tertumpu ke meja aku dan Saiful. Ada yang memandang tak berkedip mata kearah Saiful dan ada yang menggenggam penumbuk. Maklumlah buah hati di usik orang. Masing-masing nak tunjuk Hero.
Saiful menenangkan keadaan dan berkata yang Siti itu adalah adiknya. Aku tersenyum bangga kerana akulah lelaki pertama berkenalan dengan abang Siti, mesti saham aku naik. Tapa dan Bidin memandang kearah aku, mungkin sedikit kecewa kerana aku mendahului mereka mengenali abang Siti.Tanpa segan silu aku membahasakan diri sebagai adik dan memanggil Saiful "abang" dan menyatakan hasrat aku untuk menyunting Siti.

Jawapan Ringkas dari saiful ini membuatkan aku rasa bagai dihempap pokok ketapang, malah aku yakin seluruh penduduk kampung lelaki berperasaan demikian.
"Ko nak jadi umat nabi Luth ker? Siti tu sebenornya jantan, nama dia Leman, tapi suka jadi pompuan. "Begitulah kata kata keramat yang mempunyai unsur sihir yang menyebabkan semua penduduk kampung seakan menjadi batu.Semuanya terkedu, semua harapan hancur bagai kaca terhempas ke batu!

- cerita ini aku dapat dari email kawan aku D.MAcih D...akak CP lam blog akak ye.....

rumah yang bersepah

rumah aku hari2 bersepah.. .nak tengok tak bersepah bila budak2 x dak kat rumah atau pun malam depa dah tidoq... selalunya yang sepahkan pun bukan siapa-siap pun kecuali si Danish lahhhh. dia ja kat umah tu yang belum faham bahasa orang kata KEMASSSSSSSSS !!!!! (sila bayangkan bagaimana tonasi nya ya)....

Tapi aku ada baca kat satu side even dalam buku2 pun banyak yang dok advise, biarkan anak-anak anda untuk melakukan apa sahaja yang mereka gemari termasuk conteng2 tempat yang x patut (faham ka maksud aku tempat yang x patut) supaya mereka dapat xplore diri mereka, mereka berani, mereka kretip... tapi yang jadi mangsanya siapa kalau bukan IBU mereka...

Nasib aku baik skit sebab danish dah lama x kretipkan tangannya yang keras itu ke dinding rumah, rasanya rumah aku tu dah jadi MURAL sekolah dah... merata2 ada... hehehehe.. dia hanya menyepahkan rumah aku dengan.....
koleksi kereta-keretanya yang terlalulah banyak itu.... benda lain x de kekdahnya dia nak usik....

Tupperware

Ni sebahagian koleksi yang aku ada....



Aku tingat satu iklan kat TB
Mokcik : Si Polannnn beli TB baru dari kolumpoooo

Pokcik: Berape charge penghantaran incikkk???

tukang hantar: piri diliberi (Free Delivery) pakcikkk

Pokcik cakap kat kengkawan dia:
Ini TV baru anak saya yang beli, anak korang x beli kerrr???

So aku sebenarnye nak cakap... korang x nak beli buat koleksi keeee?????

heheheeheheh...jangan marah arrrr

hobby baru

Aku ni macam-macam hobi ada... aku ingat lagi dulu masa time skolah rendah, aku suka kumpui setem.. ada banyakkkkk buku setem. ada setem zaman dolu2, ada stem dari OVC, ada setem yang dibeli (selalu beli time sampul surat pertama keluar-dulu2 ada, la dah x dak dah)

Bila dah meningkat dewasa (chewah....) I mean bila dah sekolah menengah, kawan-kawan pun dah ramai, GATAI pun dah ada skit2 kat diri ni (yang perasan lawa masa tuh), so minat kumpul gambar2 hero cita kantonis macam Police Kadetlah etc etc... Chinese friends lak banyak bagi support, depa siap tolong kumpui kan lagik. Aku ada buku Sekerap scrap lagi tau.... suka sangat... mana pergi dah agaknya la ni... harus dah kena bakaq ngan Abah aku

Masuk ITM aku dah x dak hobby, rasanya bukan x dak hobby , x dan nak berhobby2 ni... cbuk belajarlah katakannn.tapi AD / AP x pernah dapat pun....so bila aku dah kerja ni, dah beranak pinak ni, aku ada hobby i.e :
1. Kumpui toileries bila pergi2 hotel... (tapi selalu kena bising ngan en. bos... buat semak jew)
2. Kumpui cawan Coca Cola McD
3. Kumpui key-chain (ni dah menimbun2 sebab kengkawan opis pergi coti ja, x dak benda lain depa beli)
4. N hobby baru! kumpui fridge magnet. Orang lain kumpui2 ni sampai dah nak terbalik peti Es depa, aku....???lihat gambor dibawah....

So korang boleh kirakan berapa fridge magnet yang aku baru ada??? so kalu sapa2 yang p bercoti tu, huluq2lah kat aku 1 noooo....

surat cinta


Ni surat cinta kakak untuk semua orang kat dalam rumah dia katalah... tapi aku rasa dia maksudkan AKU lah tu....
 
Sebab apa aku cakap mesej ni tuk aku? sebab aku selalu masuk bilik dia.. x kira time lah kan, tudung aku lam bilik dia, beg2 balik kampung lam bilik dia.... hatta stationary depa pun dok lam bilik dia... consider nyer bilik dia merangkap storlah... so dia sudah bagi surat cintalah , sapa2 nak masuk bilik dia "KENA KETUK kuman"dulu.dia kata boleh masuk baru masuk! ada faham????
Tapi kan kakak, kalu kakak x de lam bilik, ibu kena ketuk gak ke?????

NO ENTER ok.. hehehehe

hasil dari Cameron Highland


setelah 9 hari kakak balik dari CH, aku belum berkesempatan lagik nak postkan cenderamatahati dari dia untuk aku.... sedih ooo masa dia kata  'nak untuk ibu'... laaa ada gak ingatan dia tuk ibu dia ni.... agaknya dia ingat kot, ibu dia nilah yang kasik duit melanje die..... ABAH ! sori naaaa, tuk abah elek pucik.


 
Ha inilah barangnya yang aku x tau nak habaq tuuuu. macih kakak ... I LAP U

Tuesday, November 9, 2010

AIR ASIA buat sale lagik


tiap2 tahun AA ni buat sale 1M seat to let go... tapi aku ni boleh masuk riki2 date n harga ja... nak booking??? kirim salam lah en. bos nak bagiiiii....

So sapa2 yang berhajat nak jenjalan tu apa lagi, dipersilakan

ratu MLM

En. Bos selalu kata aku ni semua benda nak jadi ahli, pas tu buat hangat2 tahi ayam. Sampai aku rasa budak2 kat opis aku pun leh perasan, apa produk yang aku ni x jadi ahli... bukannya apa, bila kita jadi ahli, kita boleh dapat harga ahli kalu beli barang... walaupun 5%, 10%... stillll.

So antara MLM yang aku jadi ahli ialah.....

NONA ROGUY
REVELL
BIO SIRIH
ERA EDAR
DCL 

Aku jugak member supermarket2 tersohor di Malaysia.hehehehe

POPULAR
ISETAN
SOGO

SHAFIRA

So sapa2 rasa nak beli produk2 di atas, boleh calling2 I k mintak no ka pa kaaaaa....

Monday, November 8, 2010

kapla ku botak!

Hari ahad tengahari kul 1 aku ada apoitment kat satu saloon ni. dah lama dah beli package (promotion kat C4) ni tapi x berkesempatan nak pergi. so since en. bos dah pergi cycling pagi tuh, aku mintak izin lew nak pergi buat treatment rambut, en. bos jadi babysitter la jab.

masa pergi tu consultant dia aja dah makan masa sejam...pot pot pet pet.. aku nganguk jew... rambut sudah botak, anak rambut nipis, kulit kapla berminyak... smua ada....niat sebenor nak trai produk dia je, baguih sangat ka? sama ka ngan Yun Nam Hair Care tuh????

so bila dah abih pot pet pot pet, tiba masa cuci rambut, stim metim n boh tonik dia...mak iiiii, bauuuu 'harum'..... pas tu tgh dok relax2 tu minah consultant tadi dok mai pujuk lagi soh aku beli...aku kata aku x bawak duit, dia kata dia ada credit card free zero interest. hehehehe aku kata aku x pakai credit card... dah dia kata atm card pun bole juge, aku kata itupun aku x bawak... dia kata duit x bawak ke? aku ckp aku bawak RM17 jew.. ayoyoyo dia suda feninlah x dapat customerrr.hahahaha PADAN MUKA.

so dia kata x pe lah oooo, cuba dulu..so pas sudah tu, dia kasik satu sample syampoo.


So inilah produk rambut tuh. 101 HAIR CARE kat wangsa maju. Harga pakej aku ni RM338, tapi since promotion ni aku beli kat C4 harganya RM18, daapt free sample yang berharga RM48. Still belum pakai sample tu, sebab bau dia 'harum' sangat....

POKOK2 HERBA

Aku slalu buat masakan guna daun cendehom kesum. kalu beli kat kedai abang mat nor 4 5 batang dalam 20 sen, so 2 minggu lepas, masa anto kakak pergi Cameron Highland n pas g kinik, aku ajak en. bos g pasar tani. kunun nak beli ikan longgok nak buat laksa, tapi x berapa cunnn, so x jadi beli. makanya, aku tangkap pokok kesum ni. memandangkan tangan aku ni tanam lah apa benda pun x mau idup, so en. bos lah jadi mangsa.... (even pokok mangga yang dah besar tu pun en. bos yang tanam)..

Seminggu sebelum tu aku beli pokok ni kat pasar hari kat blakang opis aku... kunun nak buat perap ayam, sekali apek tu kata boleh boh masukkan lam tea untuk slimmmmm (I likeee)

Ha inilah pokoknya, pokok rosemary... selalu kat pasaraya2 ada juai tapi dah keringlahhh